Pages

Saturday, September 26, 2015

KHILAFAH UTHMANIYAH CUBA MEMBANTU MELAKA

Cindai Arjuna

Pada tahun 1471 lagi, Sultan Mahmud ke II (Khilafah Uthmaniyah) telah mengikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka. Malah Hikayat Hang Tuah memaktubkan perjalanan Hang Tuah ke Turki dan Mesir pada abad ke 15.

Pada tahun bersejarah 1511, Portugis berjaya jajah Melaka selepas bertahun lamanya perancangan rapi dibuat. Namun pada 1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka sehinggakan Portugis terpaksa menghancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyaki akan ke Melaka.

Pada tahun 1537, Sultan Sulaimen 1 yang terkenal dengan polisi armada laut hebat baginda telah mengarahkan Gabenor Uthmaniyah di Mesir untuk menyediakan armada laut yang kuat demi menghapuskan aktviti Portugis di Lautan Hindi. Sultan hebat ini dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang Al Qanuni.

Pada 1538, Sultan Al-Qahhar (Acheh) berjaya mendapat bantuan Khilafah Uthmaniyah melalui Hadim Sulaiman Pasha Gabenor Mesir ketika itu. Seramai 160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk menolong orang Islam Nusantara.

Pada 1564 pula, Khilafah Uthmaniyah memberi Acheh 500 pucuk meriam moden teknologi Eropah ketika itu. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.

Walaupun gagal membantu di saat Melaka berada dihujung tanduk pada 1511, Sultan Turki dan Gabenor Mesir masih tetap membantu menghapuskan Portugis melalui negara sekutu mereka kerajaan Islam Acheh. Pada 1537, Acheh membawa 100,000 anak kapal bersama 70 buah kapal bersama 500 orang tentera Mesir yang berpengalaman namun gagal menembusi A Famosa yang terkenal itu.

Pengepungan Melaka juga berlaku pada tahun 1568, apabila Sultan Aceh Alauddin menyerang kota Melaka yang diduduki oleh Portugis ekoran pakatan Islam yang diatur oleh Empayar Uthmaniyah yang cuba mengusir Portugis keluar dari Melaka dan pantai-pantai di India.

Pihak Uthmaniyah telah menghantar jurumeriam ke Aceh tetapi dalam jumlah yang sedikit di sebabkan serangan yang sedang berlangsung pada masa yang sama ke atas Cyprus dan rusuhan yang meletus di Aden. Tentera Sultan Aceh terdiri daripada sebuah armada besar kapal dayung panjang jenis ghali, 15,000 tentera dan askar upahan Uthmaniyyah.

Di Lautan Hindi, Sulaiman I telah mengetuai beberapa angkatan laut untuk mengusir orang Portugis dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India. Kerajaan Uthmaniyah telah menakluki Aden di Yaman pada tahun 1538 untuk dijadikan pangkalan laut untuk menghapuskan pengaruh Portugis di semenanjung barat India.

Tentera laut Uthmaniyah gagal menewaskan Portugis di dalam Perang Diu pada bulan September 1538, tetapi mereka kembali ke Aden di mana mereka mempertahankan bandar itu dengan 100 buah meriam.

Dari pangkalan ini, Sultan Suleiman I membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa'na. Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniyah dan mempelawa Portugis supaya Portugis dapat mentadbir bandar ini sehingga ianya dirampas Piri Reis di dalam Penaklukan Aden (1548). Pengkhianatan sebegini biasa berlaku termasuk di kalangan bangsawan Islam Nusantara ketika itu.

Lihatlah tanggungjawab Turki ketika itu walaupun sibuk menghadapi serangan Barat, Sultan atau Khalifah masih tetap berusaha membantu kerajaan kecil Islam di Nusantara.

Eratnya Acheh dengan Turki sehingga disiar dalam Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873 mencatat Belanda telah mendesak Acheh memutuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah yang amat digeruni Barat.

Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) juga pernah hubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan Armada Laut untuk memerangi Sepanyol. Sembahyang dan khutbah diadakan di Zamboanga untuk mendoakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul.

Sumber : laman-munawwarah.blogspot.com

No comments: