Pages

Monday, September 28, 2015

Kapal layar paling lasak di dunia



KAPAL ini dikatakan sesuai belayar di kawasan ais seperti di Lautan Artik dan Antartika.


AMSTERDAM – Sebuah kapal layar mewah setinggi 100 meter di sini dipercayai merupakan paling lasak di dunia kerana mampu memecahkan ais selain belayar pada jarak yang jauh.
Kapal layar itu yang dikenali sebagai SeaXplorer dipamerkan pada Pameran Kapal Pesiaran Monaco minggu lalu. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan perkapalan terbesar di Belanda, Kumpulan Damen.
Kapal layar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, gimnasium, selain penumpang berpeluang menyelam melihat hidupan laut dan banyak lagi.

KAPAL layar ini turut dilengkapi dengan kemudahan termasuk bilik tidur yang mewah. - AGENSI


Kapal yang mampu menampung seramai 30 penumpang dan 50 anak kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelayaran selama 40 hari.
"Syarikat itu berjaya membina sebuah kapal layar yang bukan sahaja mampu belayar pada jarak yang jauh, malah ia dilihat berupaya merempuh kiub ais di kawasan berais kerana direka dengan menggunakan revolusi pembinaan terbaharu.
"Apa yang lebih menarik, kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka Lautan Artik dan Antartika yang mana kebanyakan kapal pesiaran tidak mampu menuju ke kawasan-kawasan ini," kata seorang wakil perunding daripada syarikat penjualan kapal pelayaran, Benjamin Maltby. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3n1YDHDGw 
Hakcipta terpelihara 

No comments: