KIRA-kira dua minggu lalu, ratusan bangkai obor-obor gergasi terdampar di sepanjang pantai Cefn Sidan di Wales dan Dawlish Warren di Devon, England.
Pengurus kawasan Carmarthenshire, Rory Dickinson berkata, bilangan haiwan itu semakin meningkat tahun ini mungkin disebabkan cuaca panas dan bahan kimia yang yang berubah-rubah di laut.
“Biasanya ia tidak berbahaya dan sebahagian daripada hidupan liar penting dalam lautan di sini,” katanya kepada  Mail Online.
Difahamkan, bilangan haiwan ini semakin banyak sejak beberapa tahun lalu kerana cuaca sejuk sederhana yang membolehkan ia membiak dengan cepat pada kadar luar biasa.
Malah, bilangannya yang semakin bertambah juga membuatkan nelayan mengadu bahawa haiwan itu banyak tersangkut dalam jaring mereka.
Obor-obor dari spesies itu juga adalah terbesar di barat England dan menurut pakar, ia tidak bahaya namun perenang dinasihatkan tidak menyentuhnya.
Lazimnya, ia dapat dilihat dari atas bot di perairan Selat Inggeris, Lautan Ireland dan Outer Hebrides serta jarang berenang berdekatan dengan persisiran pantai. Oleh itu, apabila ratusan spesies ini terdampar di pantai, tidak hairanlah mengapa ia menjadi antara tajuk utama penduduk setempat.