Portal Oddity Central melapor­kan, setakat ini, puluhan ribu orang telah menyertai pencarian untuk menjejaki peti tersebut.
Fenn yang meminati aktiviti pengembaraan mendedahkan, dia menyembunyikan petunjuk lokasi peti tersebut dalam bukunya bertajuk The Thrill of the Chase.
Hartawan itu menyatakan, dia mendapat idea untuk menyembunyikan hartanya tersebut selepas dikesan menghidap kanser buah pinggang pada 1988.
“Apabila dimaklumkan saya mempunyai peluang tipis untuk pulih, saya terfikir cara untuk berkongsi kemewahan yang saya miliki.
“Ketika dirawat untuk penyakit ini, saya membeli sebuah peti diperbuat daripada gangsa dan mengisinya dengan pelbagai koleksi sejarah dan antik yang telah saya kumpul,’’ katanya yang kini pulih daripada penyakit itu.
Beliau berkata, beberapa orang termasuk pemberita akhbar New York Times, Douglas Preston menjadi saksi kandungan harta karun tersebut sebelum dia menyembunyikan peti berkenaan.
“Antara barangan dalam peti itu adalah 256 syiling emas, kepingan emas sebesar telur ayam, patung kecil diperbuat daripada batu jed China, artikel haiwan pra-Cloumbia, batu-batu delima, zamrud, biru nilam, dan berlian,’’ katanya.
Fenn hanya mengesahkan peti itu mungkin berada di Colorado, Montana, New Mexico, atau Wyoming tetapi orang ramai perlu mengikut petunjuk yang diberikannya untuk mencarinya.
Beliau berkata, dia tidak kisah jika peti itu tidak ditemui dalam tempoh seribu tahun.