Anggota badan perundangan Aceh, Fauzan Hamzah berkata, pe­raturan seumpama itu telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah be­r­asrama penuh agama dan diharap dapat dikuatkuasakan bukan sahaja di Aceh Utara, namun keseluruhan wilayah ini.
Fauzan berkata, peraturan itu juga memerlukan pelajar membaca al-Quran pada setiap malam.

“Selepas ini, penggubal undang-undang akan mula membincangkan peraturan mengharamkan lelaki dan wanita dari menunggang motosikal bersama-sama,” katanya.
Katanya, beliau percaya undang-undang tersebut akan dipersetujui semua pihak termasuk pelajar.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah beberapa tahun lalu.
Pada Oktober lalu, wilayah ini turut meluluskan undang-undang antihomoseksual yang menyaksikan pelakunya boleh disebat 100 kali. – REUTERS