NELAYAN Australia telah menemui seekor ikan pelik bergigi tajam menyerupai makhluk yang dipaparkan dalam filem Alien.
Ikan tersebut yang ditangkap di luar pantai Australia pada kedalaman 200 meter kini diletakkan di Muzium Australia.

Ikan pelik tersebut dikatakan Goblin Shark iaitu makhluk yang mempunyai empat 'kaki' dan makan sotong kurita.

Pengurus Muzium Australia berkata, perkara paling unik mengenai ikan ini ialah ia mempunyai rahang yang luar biasa.

“Ia berenang di sepanjang bahagian bawah air, kira-kira 300 meter ke 900 meter ke bawah.

“Tidak seperti jerung lain, ia mempunyai gigi tajam yang direka untuk ‘senjata’ dan bukan memotong kerana ikan tersebut akan menelan keseluruhan mangsa,” katanya dipetik Metro.co.uk.