Menurut Pegawai Kecemasan Kebangsaan, letusan Gunung Berapi Villarrica merupakan yang paling kuat dalam tempoh 15 tahun selepas menghamburkan lahar panas sehingga 2,800 meter ke udara sekitar pukul 3 petang kelmarin.
Keadaan tersebut juga memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan amaran merah dan menangguh sesi persekolahan.
Selepas tujuh jam memuntahkan lahar, keadaan semakin tenang dan tiada tanda-tanda untuk gunung berapi itu kembali menghamburkan lahar panas.
Gunung Berapi Villarrica merupakan satu daripada gunung berapi aktif di Amerika Selatan dan pernah meletus pada tahun 1984 dan 2000.