Sebumbung dengan mayat
SEORANG wanita di Kanada tinggal bersama mayat di bilik tidur di tingkat atas rumah sewanya, selama enam bulan kerana percaya orang yang mati akan dihidupkan semula jika dia berdoa.

Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila mayat berkenaan dijumpai selepas dia diusir kerana gagal menjelaskan sewa lapor Reuters.

Kaling Wald, 50, mengaku bersalah gagal memberitahu polis bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Suaminya, Peter Wald dipercayai meninggal dunia pada Mac 2013.

Ahli keluarganya yang lain mengetahui perkara tersebut, namun mendiamkan perkara itu kerana percaya mayat berkenaan akan dihidupkan semula. Difahamkan, mayat berkenaan ditemui pada September 2013 apabila sheriff tempatan tiba untuk mengusir wanita itu dan ahli keluarganya.

Mahkamah kemudian mengarahkan wanita berkenaan menjalani kaunseling selama 18 bulan.