Penyokong yang menyokong kempen No bersorak gembira sebaik keputusan undian diumumkan. Foto: AFP
Penyokong yang menyokong kempen No bersorak gembira sebaik keputusan undian diumumkan. Foto: AFP
EDINBURGH - SCOTLAND. Dengan peratus undi sebanyak 55.3 peratus, penduduk Scotland menolak kemerdekaan negara itu sekali gus mengekalkannya sebagai sebahagian daripada Britain.

Angka rasmi menunjukkan, 84.6 peratus pengundi keluar mengundi dan daripada jumlah itu,  2,001,926 orang memilih untuk tinggal di dalam kesatuan, manakala 1,617, 989 lagi mengundi untuk keluar daripada kesatuan.

Menteri Pertama Scotland Alex Salmond berkata, bagi pihak kerajaan Scotland, beliau menerima keputusan itu dan berjanji akan berkhidmat secara konstruktif.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain David Cameroon turut menyatakan rasa gembiranya dengan keputusan undian.

"Ia menyedihkan melihat pengakhiran Britain, namun kini segalanya telah selesai dan kami berbesar hati dalam memastikan kehendak rakyat Scotland dipenuhi,"katanya kepada DPA.

Selepas keputusan undian diumumkan, mata wang pound naik mengatasi dolar dan euro, manakala pembukaan perdagangan pasaran saham London juga dilaporkan naik mendadak.