BAGHDAD - IRAQ. Lebih 1,000 wanita Iraq yang ditawan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) akan dipaksa berkahwin dengan ahli kumpulan itu.

Media The Independent melaporkan, kesemua wanita daripada etnik Yazidi yang ditangkap dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu muda dan berumur selain mereka diminta keluar daripada agama Islam untuk berkahwin.

"Mereka janji untuk beri segala-galanya. Mereka kata akan beri kami rumah dan kami akan menjalani kehidupan yang gembira,"menurut seorang wanita yang dipetik menerusi akhbar tersebut.

Pemimpin Kanan Kurdish Hoshyar Zebari berkata, seorang wanita tu dianggap murtad dan ia adalah haram bagi umat Islam untuk berkahwin dengan seorang yang bukan Islam,"katanya.

"Ramai pejuang datang dari luar tanpa ditemani isteri, jadi mereka ingin tahanan wanita menukar agama supaya perkahwinan tersebut boleh diteruskan,"katanya. - Al Arabiya