Pages

Wednesday, August 27, 2014

Budak lelaki terselamat selepas dilanggar kenderaan SUV



KELIHATAN seorang kanak-kanak berada dalam keadaan 
terduduk selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis SUV 
di sebatang jalan di bandar Jining, Shadong, China.


SHANDONG - Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di timur laut China merakam kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencangkung dan leka bermain dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu bermain kayu dan tukul besi di tengah sebatang jalan di bandar Jining dalam wilayah Shandong sebelum sebuah kenderaan jenis SUV berwarna merah yang dipandu perlahan datang dari arah belakang kanak-kanak itu dan merempuhnya.

SELEPAS dilanggar, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terus bangun dan berlari tanpa sebarang kecederaan serius.


Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu kelihatan keluar dari bawah kenderaan itu dalam keadaan terkejut dan bangun sebelum berlari meninggalkan tempat kejadian.
Pemandu kenderaan itu bagaimanapun segera memberhentikan kenderaannya selepas menyedari telah melanggar seorang kanak-kanak.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan terselamat dan hanya mengalami luka-luka ringan pada muka dan kakinya.
Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu terselamat kerana saiz badannya yang kecil selain jarak antara bahagian badan kenderaan dan tayar yang agak tinggi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3BXr9GTx4 
Hakcipta terpelihara 

No comments: