Pages

Tuesday, July 1, 2014

Tauge Cegah Tulang Rapuh


Tauge Cegah Tulang Rapuh
Tauge adalah sejenis makanan daripada percambahan kekacang sama ada kacang hijau atau kacang hitam. Ia bukan sahaja dijadikan ulam-ulaman, tetapi ada yang memanfaatkannya sebagai ubat.

Tauge juga amat baik pada kesihatan wanita kerana mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang yang mampu mencegah tulang rapuh (osteoporosis).

Pengambilan sayuran ini secara kerap dapat mengelakkan gangguan sebelum haid, simptom pramenopous dan gangguan akibat menopous. Selain itu, ia membantu untuk mencegah kanser kerana mengandungi banyak unsur fitokimia. Antaranya ialah canavanine iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukemia, usus besar dan pankreas.

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan mahu kekal awet muda pula, sayuran ini padat dengan antioksida yang menghalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

No comments: