Pages

Wednesday, June 11, 2014

Puasa 15 jam pada suhu 50 darjah Celsius di Mekah


PENDUDUK Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini pada suhu paling panas melebih 50 darjah Celsius. - AGENSI
MADINAH 10 Jun - Penduduk Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini selama 15 jam pada suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius.
Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.
Umat Islam yang menetap di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung Ramadan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani berkata, suhu panas berkenaan terjadi disebabkan tekanan udara rendah di Semenanjung Arab dan cuaca panas yang melanda negara-negara Asia Barat.
Katanya, suhu antara 45 dan 50 darjah Celcius dijangka melanda Mekah, Madinah (42 hingga 47 darjah Celsius) dan Riyadh serta Wilayah Tengah (44 hingga 47 darjah Celsius).
"Suhu lebih 50 darjah Celsius akan berlaku di bahagian timur Arab Saudi, 39 hingga 45 Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi," jelas Hussain.
Ujar Hussain, sebelum ini suhu paling panas yang pernah direkodkan di Mekah adalah 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140611/lu_08/Puasa-15-jam-pada-suhu-50-darjah-Celsius-di-Mekah#ixzz34Id6VVTk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: