Pages

Thursday, June 12, 2014

Bekas pengarah syarikat dihukum penjara 1,942 tahun


KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram melibatkan kira-kira RM24 juta, empat tahun lepas.
Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.
Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd., didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.
Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Okt 2009.
Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat - Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. - atas kapasitinya sebagai pengarah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140611/ma_07/Bekas-pengarah-syarikat-dihukum-penjara-1942-tahun#ixzz34NbmGOP2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.