Pages

Thursday, March 6, 2014

‘Lamborghini air’ kawal perairan Dubai


Bot berkenaan dipercayai menjadi bot polis terpantas di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 
Bot itu disiapkan sebelum Pameran Bot Antarabangsa Dubai ke 22 yang dirasmikan kelmarin di Kelab Marin Antarabangsa Dubai, Mina Seyahi. 

Pasukan pengendali bot terbaru itu, Victory Team, melabelkannya sebagai ‘Lamborghini air.’
Foto
BOT yang bakal digunakan pengawal perairan Dubai, Victory Team.

Dalam sesi temubual semalam, pengurus pasukan Victory Team, Ragesh Elayadeth memberitahu, bot itu boleh mencapai kelajuan melebihi 140 kilometer sejam.

Walaupun Polis Dubai mempunyai pelbagai bot tetapi model terbaru ini adalah yang paling laju, katanya lagi. 

“Polis mempunyai kenderaan terpantas di darat dan udara tetapi belum mempunyai kenderaan seumpama itu di air. Sehubungan itu keputusan memilikinya adalah sesuatu yang hebat,” jelasnya. 

Dubai mempunyai perairan yang luas dan bot ini akan memainkan peranan penting dalam mengawalnya,” katanya. 

Dia memberitahu bot berkenaan mempunyai kapasiti 31 tempat duduk dan 10 meter panjang. 

Ragesh, bagaimanapun tidak mendedahkan harga bot berkenaan. 

Jurucakap polis Dubai juga berkata, dua lagi bot terbaru kegunaan pasukan SWAT mereka akan diperkenalkan dalam pameran bot itu. 

Kereta berprestasi tinggi yang digunakan Polis Dubai kini termasuk Bugatti Veyron, McLaren MP4-12C, Ferrari FF, Lamborghini, Aston Martin One-77, Bentley Continental GT dan Mercedes SLS. 

Pameran Bot Antarabangsa Dubai menjanjikan persembahan menakjubkan dari segi kuasa, gaya dan ciri mewah bot dan kapal layar yang dipamerkan sehingga 8 Mac ini. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06

No comments: