Pages

Tuesday, March 4, 2014

Kahwin dengan orang dah mati


Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu.

Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande.


Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael ‘bersatu’ berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin.

“Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya,” katanya.


Menurutnya, mereka bercinta selama enam tahun dan sepatutnya berkahwin pada Jun 2012 namun Michael mati akibat serangan jantung.


Pascale yang tidak dapat menerima kehilangan itu tetap berazam mahu mengahwini Michael dan menulis surat kepada pejabat Presiden memohon dibenarkan menggunakan undang-undang khas membolehkan perkahwinan dengan orang mati dalam keadaan tertentu.

The Local melaporkan, undang-undang itu diperkenalkan pada 1959 selepas kejadian empangan pecah di selatan Perancis mengakibatkan 420 maut.

Presiden ketika itu, Charles de Gaulle mencadangnkan perundangan itu selepas dihubungi seorang wanita mengandung yang tunangnya maut dalam tragedi berkenaan.

Menurut Pascale, dia menulis surat sebanyak empat kali kepada pejabat Presiden dan akhirnya menerima jawapan 20 bulan kemudian yang meluluskan permohonannya itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/04

No comments: