Pages

Monday, February 24, 2014

Si panjang, si pendek cari calon isteri


Makkah: Dua lelaki yang mendakwa diri mereka lelaki tertinggi dan terpendek di dunia berkata, mereka berhajat untuk mencari jodoh yang sesuai.

Kehadiran Ajaz Ahmed, 38, dan Qamar Ali, 30, menyuarakan hasrat itu ketika ditemui di Makkah kerana mengerjakan umrah, semalam.



Ajaz berkata, dia masih belum menemui calon untuk dijadikan isteri.
Dia turut menyuarakan rasa sedih kerana namanya masih belum tercatat di dalam Buku Rekod Dunia Guinness.
“Dia (Ajaz) datang bersama Qamar Ali, lelaki terpendek dunia. Qamar yang beratnya hanya 24 kilogram juga berhasrat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.
“Seperti Ajaz, Qamar juga sedih kerana tidak disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness,” lapor akhbar tempatan.

Ajaz yang menggunakan tongkat berkata, kakinya patah ketika mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.

Dengan ketinggian sekitar 2.54 meter, Ajaz dikategorikan sebagai lelaki tertinggi di dunia manakala Qamar yang tinggi 95 sentimeter, lelaki terpendek di dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/24

No comments: