Pages

Sunday, December 22, 2013

Naik basikal ke majlis nikah


2013/12/22
Manama: Seorang lelaki Arab Saudi menyahut cabaran rakan dengan menunggang basikal ke dewan perkahwinan untuk dinikahkan.

Rakan lelaki berkenaan mencabar pengantin baru itu berbuat demikian dan berjanji membayar hantaran kepada pengantin perempuan jika dia berbasikal ke dewan perkahwinan.


Lelaki berkenaan menerima cabaran itu dan selepas rakannya berjalan di depan, dia mengikut mereka dengan menunggang basikal ke dalam dewan, tempat saudara-mara dan tetamu menanti bermulanya majlis rasmi, lapor akhbar Al Anba.


Angkat jubah

Dia mengangkat jubah bagi membolehkannya mengayuh dengan mudah dan memastikan penutup kepala tidak mengganggu pandangan.

Dia mengayuh basikal dua pusingan sebelum keluar dari pintu lain di depan tetamu yang terkejut dan gelak ketawa rakan-rakan yang merakamkan adegan itu dengan kamera telefon masing-masing.
Ramai yang membuat komen di laman sosial selepas klip video itu diedarkan, kebanyakannya bersimpati dengan lelaki berkenaan.

Namun, ada juga memuji keberanian dan cabaran untuk menyelesaikan hantaran yang kerap menjadi isu di sini.

Hantaran tinggi dan majlis berprestij di Arab Saudi serta negara Teluk lain kerap menjadi sebab anak muda menangguh perkahwinan mereka.

Kempen dilancarkan golongan agama untuk mengurangkan kos dan menggunakan pendekatan lebih mesra oleh keluarga kerap ditentang masyarakat yang berpegang teguh kepada adat. - AGENSI

No comments: