Pages

Saturday, July 6, 2013

Set makanan Maharaja Patalia dilelong RM9.58 juta


SEBAHAGIAN daripada set makanan Maharaja Patalia yang dilelong di London kelmarin.


LONDON - Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.
Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.
Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.
Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.
Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.
Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.
"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.
"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2YEzyQFvL 
Hakcipta terpelihara 

No comments: