Pages

Wednesday, July 3, 2013

Puluhan cedera, gempa gegar Aceh

gempa bumi AchehPekerja sebuah bank di Aceh berdiri di luar bangunan selepas gegaran tercetus, semalam. Foto:EPA
JAKARTA - Kira-kira 50 orang cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh, utara Sumatera, Indonesia, semalam.

"Kita menjangkakan puluhan penduduk mengalami kecederaan," kata ketua agensi pengurusan bencana, Fauzi.

Gempa yang tercetus pada pukul 2.37 petang waktu tempatan berpusat di 35 kilometer (km) barat daya daerah Benermeriah pada kedalaman 10km.

"Laporan daripada pusat meteorologi mengatakan, tingkat dua sebuah hospital runtuh susulan gempa berlaku," katanya yang masih belum memastikan jumlah mangsa.

Gegaran turut memusnahkan sekurang-kurangnya 10 buah kediaman dalam Aceh.

Setakat ini, wilayah Aceh sering dilanda gempa dan jumlah korban paling tinggi direkodkan pada Disember 2004 iaitu sebanyak 175,000 orang dan ratusan ribu kediaman musnah akibat tsunami.  - Bernama

No comments: