Pages

Thursday, May 9, 2013

Ramai jutawan China mahu berhijrah ke luar negara



BEIJING - Kebanyakan jutawan di China menggunakan kekayaan mereka untuk berhijrah ke luar negara, menurut laporan oleh firma perundingan perniagaan Amerika Syarikat (AS), Bain & Company.
Tinjauan oleh Bain dan Bank Perdagangan China mendapati China mempunyai lebih daripada 700,000 individu yang mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya AS$1.6 juta (RM4.74 juta) setakat akhir tahun lalu.
Golongan jutawan ini dilaporkan mahu berhijrah ke luar negara bersama aset mereka untuk mengurangkan risiko.
Menurut laporan berkenaan, 70 peratus jutawan China dengan aset pelaburan bernilai AS$16 juta (RM47.4 juta) berhasrat untuk meninggalkan negara itu.
Laporan sama memberitahu, sekitar 10 peratus lagi responden menyatakan mereka tidak akan berhijrah tetapi, menjangkakan anak-anak mereka akan berbuat demikian.
Kaji selidik tersebut turut mendapati bahwa faktor pencemaran dan kebimbangan keselamatan makanan di China merupakan antara faktor golongan itu mahu bermastautin di luar negara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2Sk1iinRY 
Hakcipta terpelihara 

No comments: