Wanita Saudi dibenar berbasikal
Wanita perlu memakai abaya jika mahu berbasikal di taman rekreasi. Foto: Getty
RIYADH - Polis agama Arab Saudi kini membenarkan golongan wanita menunggang motosikal dan basikal di kawasan rekreasi yang ditetapkan di negara itu.

Kelmarin, akhbar al-Yawm melaporkan beberapa syarat turut dikenakan seperti perlu memakai abaya  (jubah termasuk purdah) dan ditemani saudara muhrim lelaki mereka jika mahu berbasikal di taman awam.

Menurut akhbar tersebut lagi, wanita hanya boleh menggunakan kebenaran itu untuk beriadah dan bukan tujuan pengangkutan.

Selain itu, mereka juga perlu menjauhi kawasan yang menjadi tempat tumpuan remaja lelaki berkumpul sebagai langkah mengelakkan gangguan dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Bagaimanapun, Saudi masih mengekalkan larangan memandu kereta ke atas golongan wanita walaupun protes menuntut pembubaran undang-undang tersebut telah diadakan sejak dua tahun lalu.