Pages

Friday, February 1, 2013

Membaca pada usia dua tahun



Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun diiktiraf dalam masyarakat yang memiliki IQ tinggi Mensa. - AGENSI
LONDON 31 Jan. - Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia.
Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik.
Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia 20 bulan.
Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1 hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman.
Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut.
''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan.
''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya. Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130201/lu_06/Membaca-pada-usia-dua-tahun#ixzz2Jb84dVj5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: