Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap.
Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap.
Masjid Al-Nasr
Masjid Al-Nasr dibina kembali sepenuhnya sumbangan rakyat Malaysia.
Masjid Al-Nasr.
Keadaan bahaian dalam Masjid Al-Nasr.
Bandar Beit Hanoun.
Pintu masuk ke Bandar Beit Hanoun.
kanak-kanak Palestin
Kanak-kanak Palestin Beit Hanoun meluangkan waktu senggang.
251 masjid di Palestin musnah sejak 2008
Kanak-kanak Beit Hanoun mengaji al-Quran di khemah sementara menanti Masjid Umar Abdul Aziz siap.
251 masjid di Palestin musnah sejak 2008
Kesan kawah yang terbentuk akibat bedilan peluru Israel yang kini sedang dibaik pulih berhampiran Masjid Umar Abdul Aziz.
misi gaza
Penyelaras Mapim Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Masjid Umar, Abdul Aziz.
Masjid Al-Nasr, masjid tertua di Gaza menjadi mangsa bedilan kereta kebal Israel dan musnah pada penghujung 2006.

Masjid yang menjadi mercu tanda Bandar Beit Hanoun yang terletak di Utara Gaza diserang oleh tentera Israel selepas ia dikatakan menjadi markas kepada 120 Mujahidin ketika itu.

Dibina pada 129 Masihi, Masjid An-Nasr merupakan antara masjid  untuk kemudahan lebih 45,000 penduduk di bandar tersebut.

Sehingga kini difahamkan bandar Beit Hanoun antara kawasan paling kritikal di Gaza kerana sering menjadi sasaran mudah tentera Israel.

Ramai mujahid dilahirkan  di bandar itu termasuklah   Komandan Pertama Briged Al-Qasam, Syed Solah Syahadah yang gugur syahid selepas rumahnya dibedil oleh dengan roket Israel. Ia turut mengorbankan isteri serta 15  jirannya.

Muazin masjid itu, Mahmud Hassan Al-Kafar, 43, berkata, kezaliman Israel juga bukan setakat itu, malah sebuah  jambatan utama menuju ke bandar itu juga sering  menjadi sasaran Israel dalam usaha melumpuhkan bandar tersebut yang terkenal dengan ramai para mujahidnya.

“Israel sengaja  memusnahkan apa sahaja dalam usaha menakut-nakutkan penduduk  Gaza  agar tidak menentang mereka.  Ini termasuklah  menaikan belon yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup  untuk  memantau aktiviti penduduk di Beit Honoum,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan  di kawasan  sekitar masjid turut dijadikan makam kepada lebih 500 syuhadah yang gugur syahid sebelum ini.

Sementara itu hanya beberapa kilometer dari Masjid An-Nasr turut didirikan sebuah lagi masjid yang kini sedang dalam 70 peratus siap iaitu Masjid Umar Abdul  Aziz.

Atas inisiatif mahu membantu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  telah mengumpul dana untuk membina semula dua masjid yang musnah.

Hasilnya Masjid An –Nasr  dapat  digunakan  kembali dengan kos pembinaan bernilai RM951,696 manakala Masjid Umar Abdul Aziz pula dijangka siap sepenuhnya Mac tahun ini yang boleh memuatkan 7,000 orang.

Serangan Israel tidak berhenti setakat itu apabila sekali lagi Beit Hanoun menjadi sasaran bedilan roket Israel  dalam siri  peperangan  pada 15 hingga 21 November lalu.

* Ikuti  kisah kecekalan seorang  wakil rakyat Beit Hanoum yang  juga penasihat kepada pengasas Tentera  Izzudin Al- Qasam, Sheikh Ahmad  Yassin yang rumahnya pernah diserang lapan kali oleh Tentera Israel, esok