Pages

Friday, January 25, 2013

Tentera budak masih wujud di Myanmar



Washington: Tentera kanak-kanak masih diambil berkhidmat di Myanmar meskipun negara itu baru-baru ini melaksanakan pembaharuan politik.

Kerajaan Myanmar bersetuju pada Jun lalu terhadap rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamatkan penggunaan tentera kanak-kanak, pencabulan terhadap hak asasi manusia yang masih wujud di negara itu.


Tentera Kanak-Kanak Antarabangsa, kumpulan aktivis yang menentang penggunaan kanak-kanak dalam pasukan tentera, melakukan tiga misi penyelidikan di negara itu dan Thailand tahun lalu dan berkata, tentera Myanmar setakat ini sudah membebaskan 42 kanak-kanak dan mungkin akan menamatkan perkhidmatan lebih ramai lagi kanak-kanak.

Bagaimanapun, menurut kumpulan berpangkalan di London itu, tentera, pengawal sempadan dan kumpulan pemberontak masih menggunakan khidmat kanak-kanak.


“Pegawai tentera dan ejen pengambilan tidak rasmi masih meneruskan cara paksaan mendapatkan rekrut baru. Kanak-kanak juga direkrut orang awam dan polis menemui mereka ketika dalam perjalanan ke sekolah atau di kawasan sesak di bandar,” kata kumpulan itu dalam satu laporan. - AFP

No comments: