Pages

Saturday, December 8, 2012

Krisis Mesir: Penunjuk perasaan agresif di luar istana presiden

Krisis Mesir: Penunjuk perasaan agresif di luar istana presiden - Global - Sinar Harian: "KAHERAH - Penunjuk perasaan memprotes Presiden Mesir mula mengambil tindakan luar kawalan di luar istana presiden dengan merempuh benteng keselamatan didirikan oleh pasukan keselamatan.

Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berkumpul berhampiran istana selepas menolak cadangan Presiden Mohammed Morsi untuk mengadakan sesi dialog bersama pembangkang kelmarin.

Penunjuk perasaan juga mengambil tindakan drastik dengan memotong kawat berduri di luar dinding istana.

Sementara itu, penyokong Mursi pula mengadakan perarakan mereka sendiri di ibu negara.

Seorang pegawai kanan berkata presiden boleh menangguhkan referendum dengan bersyarat.

Dalam perkembangan lain, suruhanjaya pilihan raya menangguhkan referendum kepada rakyat Mesir yang tinggal di luar negara.

Pengundian akan bermula Rabu depan selepas permintaan dibuat oleh Kementerian Luar.

Kelmarin, penyokong Mohammed dan pembangkang bertempur di luar istana presiden menyebabkan Mohammed keluar dari kediaman  rasmi.

Awal minggu lalu, pertempuran di luar istana menyebabkan lima maut dan berates-ratus yang lain cedera."

'via Blog this'

No comments: