Pages

Thursday, December 20, 2012

Filem Nabi Muhammad bernilai RM3.05b



Ahmed Al-Hashemi
DOHA 19 Dis. - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di Qatar, Alnoor Holding mengumumkan akan menambah peruntukan untuk penerbitan siri filem Nabi Muhammad SAW kepada AS$1 bilion (RM3.05 bilion) daripada AS$1.5 juta (RM4.6 juta) yang diumumkan tiga tahun lalu.
Pengerusi Alnoor Holding, Ahmed Al-Hashemi dalam satu kenyataan berkata, filem tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW itu akan diterbitkan sebanyak tujuh siri berbanding tiga siri seperti yang dirancang sebelum ini.
Menurut syarikat itu, sekumpulan pakar di syarikat itu telah menyiapkan skrip filem tersebut selepas mengatasi pelbagai cabaran seni dan dramatik.
Alnoor pada 2009 mengumumkan berusaha mendapatkan dana untuk membikin filem itu yang akan diterbitkan oleh Barrie Osborne, seorang veteran Hollywood yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dan terkenal dengan filem Lord of the Rings dan The Matrix.
Nabi Muhammad SAW bagaimanapun tidak akan muncul dalam filem itu sebagai menghormati ajaran Islam yang mengharamkan penayangan imej beliau.
Ulama Qatar, Sheikh Yusuf Qaradawi yang juga ketua Persatuan Cendekiawan Islam akan mengetuai penyelidikan filem itu dan menjadi penasihat teknikal.
Menurut syarikat itu, filem yang akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan diterjemah kepada beberapa bahasa itu bertujuan untuk memperbetulkan imej Barat terhadap masyarakat Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121220/lu_01/Filem-Nabi-Muhammad-bernilai-RM305b#ixzz2FZ1gTFB8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: