Pages

Saturday, December 15, 2012

Askar Israel serang jurukamera

Askar Israel serang jurukamera - Global - Sinar Harian:

Askar Israel serang jurukamera
Keadaan semakin tegang apabila tentera rejim membalas balingan batu oleh remaja Palestin dengan tembakan berpeluru.
HEBRON - Dua jurukamera agensi berita Reuters, cedera ditumbuk dan dipaksa meniarap di atas jalan raya oleh askar Israel yang turut melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, semalam.

Laporan menyebut, seorang daripada mangsa dikejarkan ke hospital kerana masalah pernafasan.

Yousri Al-Jamal dan Ma'amoun Wazwaz memberitahu, kejadian berlaku apabila peronda Israel mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan sewaktu menghampiri pos pengawal yang juga lokasi remaja Palestin ditembak mati, dua hari lalu.

"Kereta kami tertera logo 'TV' dan kami memakai jaket kalis peluru dengan perkataan 'media', tetapi mereka tetap memaksa kami keluar dari kenderaan serta ditumbuk dan dipukul dengan senapang," kata Wazwaz.

Sementara itu, dua lagi wartawan Palestin yang bertugas dengan televisyen satelit kumpulan Hamas, mengalami situasi sama. - Reuters

'via Blog this'

No comments: