Pages

Saturday, October 6, 2012

Turki serang balas Syria buat hari ke-3

Turki serang balas Syria buat hari ke-3
Tentera Turki bersiap sedia di Akcakale yang terletak
di sempadan Turki-Syria. - Foto ihsan AP
ISTANBUL - Tentera Turki menyasarkan tembakan ke atas Syria buat hari ketiga berturut-turut semalam selepas mortar negara jiran itu memasuki wilayahnya.
Perkembangan itu disaksikan sehari selepas Parlimen meluluskan undang-undang membenarkan tenteranya melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran Syria jika terdesak, sekali gus meningkatkan ketegangan kedua-dua negara.

Dalam serangan Syria, yang Damsyik mendakwa kesilapan pihaknya dan telah memohon maaf, lima orang awam Turki telah maut.
Mortar yang dilepaskan oleh Syria jatuh di kawasan Asagipulluyazi, kira-kira 10 meter dari wilayah Hatay, sekitar jam 7 petang, demikian menurut pegawai-pegawai Turki.

Tiada mangsa tercedera dalam kejadian ini, yang dilaporkan berlaku kira-kira 10 kilometer dari kem pelarian Syria.

Insiden semalam disaksikan beberapa jam selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada Damsyik bahawa tindakan menguji negaranya "satu kesilapan besar."

Katanya, Ankara bersedia untuk melancarkan lebih banyak serangan jika konflik Syria terus melepasi sempadan kedua-dua negara.

Konflik menentang kepimpinan Presiden Syria, Bashar Al-Assad masuk bulan ke-20.

No comments: