Pages

Wednesday, October 31, 2012

New York tenggelam

New York tenggelamPihak berkuasa menunda pasir di kawasan pesisir pantai Fort Lauderdale, Florida, AS.
NEW YORK - Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.

“Ribut memusnahkan ratusan kediaman dan bangunan serta lebih lima juta penduduk terputus elektrik,” katanya.

Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.

“Kami pindahkan kesemua pesakit ke hospital New York selepas akses telefon turut terputus,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam.

“Kami nasihatkan mereka supaya menggunakan panggilan 911 bagi tujuan ancaman nyawa sahaja,” katanya.

Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin  mencecah 144 kilometer sejam. -CNN

No comments: