Pages

Tuesday, October 9, 2012

Ikan paus ditemui mati terapung

Kosmo! Online - Dunia: "

BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai.

Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui.

Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin.

Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu.

Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru.

Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik. - Agensi"

'via Blog this'

1 comment:

Andi_Husin said...

Salam,

Sayangnya kebelakangan ini banyak paus-paus dan ikan lumba-lumba yang mati terdampar di tepi pantai..Pada pendapat la, perkara ini berlaku pasti disebabkan gangguan daripada sonar-sonar kapal selam yang mengganggu komunikasi antara paus dan dolphin ini.

Mungkin gangguan komunikasi mereka menyebabkan mereka tersesat dipantai yang cetek, lalu terperangkap dan lemas..wassalam