Pages

Saturday, August 4, 2012

Semua tidak mahu mengaku bersalah

Penduduk daerah Jdeidet Artouz laungkan slogan antipemerintah dekat beberapa mayat dipercayai korban serangan tentera Syria.Penduduk daerah Jdeidet Artouz laungkan slogan antipemerintah dekat beberapa mayat dipercayai korban serangan tentera Syria.
Peletakan jawatan Annan sebagai wakil dunia ke Syria jadi isu pula 

ALEPPO: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) saling menuding jari menyalahkan orang lain atas tindakan bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, meletak jawatan sebagai wakil khas damai antarabangsa ke Syria. 
Annan mengadu, inisiatifnya untuk menamatkan pertumpahan darah di Syria tidak mendapat sokongan diperlukan. 

Peletakan jawatan Annan menyaksikan lima anggota tetap majlis itu termasuk Amerika Syarikat menyalahkan Russia dan China kerana menggunakan kuasa veto sebanyak tiga kali ke atas resolusi PBB mengenai konflik Syria. 

“Peletakan jawatan Annan menonjolkan kegagalan Russia dan China dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong resolusi terhadap Bashar yang akan memaksa beliau memikul tanggungjawab,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney. 

Jerman juga berkata, keputusan Annan sebahagiannya berpunca daripada tentangan China dan Russia terhadap sekatan ke atas Syria. 

Namun, wakil Russia ke badan dunia itu, Vitaly Churkin, menegaskan Moscow memberi sokongan penuh kepada Annan dan Putin menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai keaiban besar. 
“Kofi Annan diplomat bijak dan jujur. Tindakannya memang satu kehilangan besar,” Putin dipetik sebagai berkata di London. 

Sementara itu, ketika kerajaan Syria menggunakan jet tempur untuk menyerang pemberontak yang menggunakan kereta kebal di Alepppo, wakil PBB dan Liga Arab itu meluahkan rasa kesal peningkatan sengketa dalam konflik hampir 17 bulan itu. 

Annan mengecam Majlis Keselamatan PBB, yang dikatakan menghalang tindakan untuk menghentikan keganasan. 
“Saya tidak menerima sokongan yang diperlukan. Anda perlu faham, sebagai wakil khas, saya juga mahukan keamanan seperti , Majlis Keselamatan atau masyarakat antarabangsa. 

“Tindakan ketenteraan yang semakin meningkat dan ketiadaan keputusan sebulat suara di Majlis Keselamatan mengubah peranan saya,” katanya dalam sidang akhbar di Geneva. 

Namun, beliau meramalkan Presiden Bashar al-Assad akan tumbang dalam tempoh ‘cepat atau lambat’ dan tidak menolak penggantinya akan lebih bertuah di sebalik amaran ‘tiada pelan B’ setakat ini. 

Menulis dalam akhbar Financial Times, Annan meminta Moscow dan Washington bertanggungjawab menyelamatkan Syria daripada perang saudara yang dahsyat. –AFP

No comments: