Pages

Friday, August 10, 2012

32 penduduk Rohingya mati kebuluran



10 Ogos 2012
SITTWE - Seramai 32 orang Islam Rohingya termasuk empat kanak-kanak dan 21 warga emas dilaporkan mati akibat kebuluran di Rathedaung pada Selasa lalu.

Difahamkan, puluhan mangsa menderita kelaparan itu adalah antara lebih seribu penduduk yang berpindah ke bahagian barat Gunung Mayu bagi mendapatkan perlindungan selepas kampung mereka dibakar oleh etnik Rakhine dan pihak berkuasa.

Bekalan makanan, bantuan kesihatan dan tempat perlindungan di kawasan tersebut dikatakan gagal untuk menampung jumlah kesemua penduduk Rohingya di kawasan itu.

Menurut penduduk di sekitar kawasan pergunungan tersebut, sehingga kini tiada pihak yang tampil membantu untuk meringankan penderitaan mereka.

No comments: