Pages

Tuesday, July 3, 2012

Pemberontak pulau rundingan

Para anggota pembangkang Syria menghadiri rundingan di Kaherah, semalam. - REUTERS
BEIRUT 2 Julai - Kumpulan pemberontak dan aktivis Syria mengumumkan hari ini mereka akan memulaukan satu pertemuan anjuran pembangkang Syria di Kaherah sambil mengecamnya sebagai satu 'konspirasi' yang bertujuan mencapai dasar-dasar yang diinginkan oleh sekutu Damsyik iaitu Moscow dan Teheran.
Mesyuarat dua hari itu yang akan dihadiri blok pembangkang utama dalam buangan iaitu Majlis Kebangsaan Syria dan beberapa kumpulan kecil pembangkang dalam usaha untuk membentuk wawasan bersama untuk melakukan peralihan kuasa di negara itu selepas tercetus konfl;ik berdarah selama 16 bulan di Syria.
"Kami menolak semua jenis dialog dan rundingan dengan geng pembunuh dan kami tidak akan membenarkan sesiapa pun mengambil kesempatan ke atas Syria, terutama agenda Rusia dan Iran," kata satu kenyataan yang ditandatangani oleh Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan aktivis bebas.
Kenyataan itu turut mengkritik agenda rundingan di Kaherah itu kerana 'menolak idea campur tangan tentera asing bagi menyelamatkan rakyat Syria dan menolak pembentukan zon perlindungan oleh komuniti antarabangsa, koridor kemanusiaan, embargo udara dan pembekalan senjata kepada pemberontak'.
Pertemuan di Kaherah itu adalah susulan kepada rudingan kuasa-kuasa dunia di Geneva, kelmarin yang bersetuju dengan satu pelan peralihan kuasa di Syria yang disifatkan oleh pembangkang dan akhbar kerajaan Syria sebagai kegagalan.
"Rundingan tersebut turut mengikut jejak 'keputusan bahaya sidang Geneva' yang menyasarkan untuk melindungi rejim, mewujudkan dialog dan membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka yang membunuh kanak-kanak kami.
"Sidang Kaherah menyasarkan untuk memberi satu peluang baru kepada wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Kofi Annan untuk cuba menyakinkan Presiden Bashar al-Assad mematuhi enam syarat utama pelan damai anjurannya tanpa menghiraukan beribu-ribu orang yang telah terbunuh," kata FSA dan aktivis.
Sementara itu di Homs, tentera rejim Syria terus mengebom kawasan pemberontak di tengah bandar itu, hari ini selepas 79 orang maut dalam keganasan di seluruh negara itu, semalam. - AFP

No comments: