Pages

Sunday, July 15, 2012

Anak Stallone kempunan

STALLONE yang membawa watak Rocky Balboa bersama Sage ketika mereka berlakon bersama dalam filem terbitan 1990, Rocky V.
STALLONE yang membawa watak Rocky Balboa bersama Sage ketika mereka berlakon bersama dalam filem terbitan 1990, Rocky V.
LOS ANGELES: Anak pelakon handalan Hollywood, Sylvester Stallone, ditemui mati di rumahnya, semalam, dipercayai akibat terlebih mengambil ubat.
Media melaporkan, Sage Stallone ditemui tidak bernyawa di apartmennya di Los Angeles oleh seorang pembantu rumah. Menurut sumber, polis memang ada menghubungi Sage kerana keadaannya dilaporkan membimbangkan.

Jurucakap polis berkata, setakat ini pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau jenayah di sebalik kematian Sage. Peguam Sage, George Braunstein, berkata Sage sentiasa bersemangat dan sedang menyiapkan pelbagai projek.
“Malah, dia bercadang untuk kahwin.

“Kematian ini adalah satu tragedi,” katanya. Sementara itu, Stallone dikatakan terlalu sedih dengan kematian Sage.

Ejen Stallone, Michelle Bega, berkata pelakon filem aksi itu masih bersedih atas kehilangan mengejut Sage.
“Kehilangan itu akan dirasakan Stallone selama-lamanya,” katanya.

Berusia 36 tahun, Sage pernah muncul dalam filem Rocky V dengan watak Rocky Balboa Jr pada 1990 dan mereka sekali lagi bekerjasama dalam Daylight enam tahun kemudian.
Kata Michelle, Stallone kini menemani ibu Sage, Sasha (isteri pertama Stallone).

Sebelum ini, Stallone sibuk mempromosikan filem terbarunya, Expendables 2 dan amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian Sage.

Laman sesawang hiburan AS melaporkan, paramedik dipanggil sebaik saja amah terbabit melihat keadaan Sage, tetapi dia disahkan mati apabila diperiksa. Memetik sumber, Sage dipercayai mati akibat ubat berlebihan dan pihak berkuasa memastikan sama ada kejadian itu disengajakan atau kemalangan. - AFP

No comments: