Pages

Sunday, June 17, 2012

Reaktor nuklear Jepun beroperasi semula

TOKYO: Jepun semalam mengarahkan reaktor nuklearnya kembali beroperasi, mengenepikan sentimen rakyat yang membantah kuasa nuklear ekoran pencairan loji Fukushima akibat bencana tsunami.
Keputusan untuk memulakan semula operasi dua reaktor yang dikendalikan Syarikat Kansai Electric Power di Ohi, di barat negara itu diumumkan Perdana Menteri Yoshihiko Noda pada pertemuan dengan empat menteri utama, semalam.

Walaupun mendapat bantahan terhadap tindakan itu ekoran kebimbangan rakyat, keputusan berkenaan bakal membuka laluan bagi 50 lagi loji kuasa nuklear di Jepun memulakan semula operasi mereka. Noda menerima kelulusan untuk memulakan semula reaktor nuklear itu daripada Gabenor di wilayah Fukui yang menjadi penganjur kepada loji nuklear berkenaan, Issei Nishikawa. “Sekarang kita sudah mendapat kelulusan daripada badan berkuasa di lokasi loji nuklear itu, kami empat menteri membuat keputusan untuk memulakan reaktor itu beroperasi semula,” katanya dalam pertemuan itu yang disiarkan di televisyen negara terbabit. Nishikawa memberitahu Noda, dia gembira apabila loji nuklear itu dapat beroperasi semula selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak pengendali sehari sebelum itu. “Kami mencapai persetujuan untuk menstabilkan kehidupan dan industri di Kansai (barat Jepun),” katanya. - AFP/Reuters

No comments: