Pages

Saturday, June 30, 2012

40 maut di pinggir Damsyik

40 maut di pinggir Damsyik:



Gambar yang dikeluarkan rangkaian berita pembangkang, Shaam News Network, semalam merakamkan mayat sebahagian penduduk awam termasuk kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan tentera Syria di bandar Douma di pinggir Damsyik, selama dua hari sejak kelmarin. - AFP
BEIRUT 29 Jun - Aktivis hak asasi mendakwa berpuluh-puluh orang maut dalam serangan tentera Syria ke atas kawasan di pinggir Damsyik yang didiami pemberontak, selama dua hari sejak semalam.
Suruhanjaya Penyelarasan Tempatan dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam serangan semalam sahaja.
Aktivis itu berkata, sekurang-kurangnya dua orang lagi terbunuh dalam serangan pagi ini.
‘‘Kebanyakan yang terbunuh merupakan orang awam,’’ kata aktivis.
Mereka berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh dari bandar Douma.
Serangan itu merupakan sebahagian daripada tindakan kekerasan rejim Syria untuk merampas semula kawalan di kawasan pinggir Damsyik yang kini dikuasai pemberontak.
Sementara itu, utusan khas Liga Arab-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan melahirkan keyakinan rundingan peringkat menteri luar berhubung konflik Syria, esok akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
‘‘Rundingan itu yang disertai menteri-menteri luar dari negara kuasa besar dan negara utama di rantau ini, akan diadakan di Switzerland dan bakal menghasilkan keputusan yang boleh diharapkan,’’ katanya kepada agensi berita, Reuters Televisyen.
Rusia semalam mencadangkan perubahan dibuat kepada pelan pembentukan kerajaan perpaduan oleh Annan, tetapi Amerika Syarikat (AS), Britan dan Perancis menolak perubahan tersebut. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: