Pages

Monday, May 21, 2012

Pegawai kanan Syria nafi dibunuh

myMetro | Pegawai kanan Syria nafi dibunuh:

DAMSYIK: Dua pegawai kanan Syria semalam menafikan laporan media Arab bahawa mereka dan empat pegawai kanan negara itu dibunuh.
Mereka membuat kenyataan itu dalam wawancara dengan televisyen Syria sehari selepas rangkaian televisyen Al-Jazeera dan Al-Arabiya menyiarkan video menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali mendakwa kumpulan pemberontak membunuh enam pegawai terbabit.

Lelaki dalam video itu mendakwa bercakap bagi pihak Brigades Sahabat atau rakan Nabi Muhammad (SAW).
Pegawai yang dikatakan dibunuh itu, termasuk adik ipar Presiden Bashar al-Assad, Assef Shawkat yang juga Ketua Perisikan Tentera, Menteri Dalam Negeri, Mohammad al-Shaar, Menteri Pertahanan, Daoud Rajha dan Ketua Keselamatan Kebangsaan, Hisham Bakhtiar.

Turut dikatakan mati ialah Pembantu Naib Presiden, Hassan Turkmani dan Pembantu Ketua Parti Baath, Mohammad Said Bakhtian.

“Apa yang meluatkan ialah laporan Al-Jazeera sama sekali palsu,” kata Mohammad kepada stesen televisyen Syria menerusi telefon.
“Kami sudah biasa dengan laporan seperti ini dan kempen pembohongan serta fitnah,” katanya.

Hassan juga menyangkal laporan dia terbunuh.
Dalam wawancara dengan televisyen itu, dia mengecam laporan Al-Jazeera dengan menyifatkannya ‘penuh dengan maklumat yang salah.’ - AFP

'via Blog this'

No comments: