Pages

Thursday, April 19, 2012

Teheran tahan 15 anggota rangkaian pembunuh Israel

myMetro | Teheran tahan 15 anggota rangkaian pembunuh Israel: "TEHERAN: Kementerian Perisikan Iran semalam berkata, ia menahan lebih 15 suspek terdiri daripada rakyat negara itu dan warga asing yang menganggotai rangkaian pembunuh yang ada hubungan dengan Israel.

Ia juga mendakwa berjaya membongkar pangkalan pengintipan yang dikendalikan oleh agensi perisikan Israel, Mossad, di sebuah negara jiran yang tidak dinyatakannya.


“Setakat ini, 15 orang, warga Iran dan rakyat asing, ditahan,” kata sumber yang memetik kenyataan kementerian itu.

Menurutnya, butir mengenai penangkapan itu diumumkan awal bulan ini.


Kenyataan itu juga menjelaskan, misi kumpulan berkenaan ialah untuk mengenal pasti dan membunuh “seorang daripada pakar Iran dan mengebom beberapa kemudahan dengan menggunakan peralatan teknikal.” Ia bagaimanapun tidak menyebut sasaran berkenaan. - AFP"

'via Blog this'

No comments: