Pages

Friday, April 20, 2012

Peluru berpandu India boleh sampai ke Beijing

Kosmo! Online - Dunia:


GAMBAR menunjukkan peluru berpandu Agni V dilancarkan dari Pulau Wheeler semalam.


BHUBANESWAR - India berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu yang mampu membawa peledak nuklear dan boleh melakukan serangan ke Beijing dan Eropah Timur semalam.
Beberapa gambar menunjukkan peluru berpandu itu, Agni V dilancarkan dari Pulau Wheeler di pantai timur India.
Ia boleh bergerak sejauh 5,000 kilometer.
"Pelancaran hari ini menandakan satu lagi mercu kejayaan dalam usaha kita untuk melakukan persediaan dan melindungi keselamatan negara selain meneroka sempadan sains," kata Perdana Menteri, Manmohan Singh dalam ucapan tahniah beliau kepada kumpulan saintis yang membangunkan peluru berpandu berkenaan.
Pemerintah India menyatakan Agni V yang hanya akan beroperasi selepas dua tahun, dibina bagi melindungi negara itu daripada ancaman jirannya, China.
Sehingga kini, cuma anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu China, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan Britain selain Israel, dipercayai memiliki peluru berpandu jarak jauh.
Dalam perkembangan lain, India menyatakan program senjata nuklear negara berkenaan dibangunkan untuk tujuan pencegahan dan bukan menyerang negara lain.
Selain peluru berpandu, India kini sedang menyiapkan sebuah kapal selam nuklear yang berupaya melancarkan serangan balas jika negara ini diserang. - Reuters

'via Blog this'

No comments: