Pages

Monday, April 23, 2012

Mahkamah arah penduduk Yahudi kosongkan rumah di Hebron

myMetro | Mahkamah arah penduduk Yahudi kosongkan rumah di Hebron: "BAITULMAQDIS: Mahkamah mengarahkan sekumpulan penduduk Yahudi meninggalkan sebuah rumah di selatan Hebron selepas mendapati tuntutan pemilikan mereka palsu.

Menurut hakim, penghuni terbabit mesti mengosongkan kediaman berkenaan menjelang pertengahan bulan depan.


Namun, keputusan itu mencetuskan bantahan daripada komuniti penduduk haram Yahudi di kawasan berkenaan.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Baitulmaqdis minggu lalu, hakim Ram Winograd memutuskan hujah penduduk terbabit membeli hartanah di kawasan Tel Rumeida secara sah tidak boleh diterima. Mereka juga mengemukakan dokumen pemilikan palsu dan gagal menyediakan bukti pembelian sah.


Kata Winograd, defendan gagal mengemukakan “butiran minimum mengenai perjanjian berkenaan, termasuk harga dibayar, tarikh transaksi dan identiti pembeli sebenar.


“Tanggungjawab menyediakan bukti pembelian terletak pada defendan tetapi mereka gagal melakukannya,” katanya.

Justeru, kata Winograd, hartanah berkenaan kekal dimiliki plaintif - seorang warga Palestin. - AFP"

'via Blog this'

No comments: