Pages

Friday, March 16, 2012

Tinggal bayi di kedai

myMetro | Tinggal bayi di kedai:KUALA TERENGGANU: Seorang wanita dipercayai ibu bayi lelaki (gambar) berusia lingkungan 40 hari tergamak meletakkan anaknya itu di sebuah kedai makan di Kampung Melayu, Sungai Buluh, Selangor sebelum menghilangkan diri dalam kejadian 14 Februari lalu.
Bagaimanapun, bayi malang yang diberi nama Mohd Amzar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu bernasib baik apabila ditemui seorang penduduk kampung berkenaan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, kira-kira jam 6 pagi hari sama sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan diserahkan kepada JKM. Lebih menyayat hati, ketika ditemui bayi berkenaan hanya ditinggalkan atas bangku di kedai berkenaan dalam keadaan kesejukan tanpa pakaian, cuma dialas dengan kain.

Jurucakap JKM berkata, bayi malang itu yang cukup sifat ditemui tanpa sebarang pengenalan diri serta nota dan kini berada di bawah jagaan sementara pihaknya bagi memudahkan waris mengambilnya selepas proses pendaftaran selesai.
“JKM sedih dengan kejadian ini kerana bayi tidak berdosa itu ditinggalkan berseorangan dalam kegelapan awal pagi di kedai berkenaan.

“Jika orang ramai tidak menemui bayi berkenaan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk digigit haiwan liar hingga boleh menyebabkan kematian.

“Kita berharap ibu bapa yang tidak mahu menjaga anak dilahirkan tidak meletakkannya sesuka hati di sebarang tempat, sebaliknya berhubung dengan JKM untuk memudahkan urusan perlindungan bayi terbabit,” katanya. Menurutnya, bayi itu dalam keadaan sihat dan meminta orang ramai yang mengenali warisnya berhubung dengan JKM.

'via Blog this'

No comments: