Pages

Saturday, December 31, 2011

Askar Syria baling bom

NICOSIA: Lebih 250,000 orang berhimpun di wilayah Idlib di Syria, semalam sementara tentera kerajaan menembak mati sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan dan melancarkan serangan bom ke arah orang ramai di tempat lain, kata kumpulan hak asasi kemanusiaan.
Menurut kenyataan badan pemerhati hak asasi kemanusiaan, bantahan antiregim Bashar al-Assad di barat laut wilayah itu tercetus selepas solat Jumaat. “Lebih 250,000 orang melakukan demonstrasi bantahan dekat 74 lokasi di Idlib selapas solat Jumaat.

“Perhimpunan terbesar berlangsung di bandar raya Idlib, Banash, Aniha, Sarakeb, Maaret al-Numan dan Khan Sheikhun,” kata kenyataan itu.

Di kawasan pinggir bandar Douma di Damsyik, tentera kerajaan melepaskan serangan bom ke arah puluhan ribu penunjuk perasaan dan dibalas dengan balingan batu.

Bagaimanapun, penggunaan bom itu tidak dapat disahkan.

“Aktivis memberitahu pihak kami, dia cedera akibat terkena serpihan bom,” kata kenyataan itu.


Badan itu berkata penunjuk perasaan melemparkan batu ke arah tentera di kawasan dewan bandar raya apabila mereka mula melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. Menurut kenyataan badan itu, seramai 70,000 penduduk membanjiri jalan raya di Douma dan menuju ke dewan bandar raya apabila pertempuran berlaku.

Sementara itu, di Damsyik, tentera dilaporkan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah orang ramai yang keluar dari Masjid al-Akhrass di kawasan kejiranan al-Kaddam. - AFP

No comments: