Pages

Friday, November 18, 2011

Mayat bayi dalam longkang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



MAYAT bayi lelaki yang dibuang di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan di Bayan Lepas Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 17 Nov. - Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan dihurungi lalat kira-kira pukul 1 petang hari ini.

Difahamkan, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dibuang sejak tiga hari lalu.

Dipercayai mayat tersebut dihanyutkan arus sungai sehingga masuk ke dalam longkang.

Mayat dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.


'via Blog this'

No comments: