Pages

Saturday, November 12, 2011

Bumi Yaman kembali bermandi darah


PENUNJUK perasaan mengusung keranda mangsa pertempuran selepas solat Jumaat di Sanaa, semalam.
PENUNJUK perasaan mengusung keranda mangsa pertempuran selepas solat Jumaat di Sanaa, semalam.


Wanita, kanak-kanak korban terbaru pertempuran antara penyokong presiden, pejuang

TAIZ (Yaman): Sekurang-kurang sembilan terbunuh dalam pertempuran sengit di bandar Taiz, Yaman semalam, kata pegawai perubatan dan saksi, selepas Duta Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) terbang ke Sanaa dalam tawaran terbaru untuk memudahkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur menerusi pelan damai Teluk.

Mereka berkata, sekurang-kurang 23 cedera dalam pertempuran antara Pengawal Republikan yang setia dengan Saleh dan pejuang puak berpangkalan di tengah bandar ketiga terbesar di Yaman, yang terletak kira-kira 200 kilometer selatan Sanaa.
Saksi berkata, dua kanak-kanak dan seorang wanita antara sembilan terbunuh kebanyakan akibat terkena serpihan letupan tangki atau serangan mortar di daerah al Rawda dan Zaid al Moshki selain Daratan Kebebasan, di mana penunjuk perasaan berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu menuntut Saleh mengakhiri 33 tahun. pemerintahannya.
Pertempuran berlaku pada Khamis selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan mencederakan seorang tentera yang berada di bangunan kerajaan.

Ia diikuti dengan pembunuhan pemimpin puak yang bersekutu dengan kerajaan Saleh dan mencederakan seorang daripada pengawal peribadinya.

Duta PBB, Jamal Benomar tiba di ibu negara Sanaa pada Khamis yang disifatkan jurucakap sebagai misi bertujuan menggalakkan proses peralihan yang boleh memenuhi keperluan dan menjadi aspirasi kepada semua rakyat Yaman.

“Beliau akan melaporkan kembali kepada Setiausaha Agung yang diminta untuk memaklumkan kepada Majlis Keselamatan berhubung pelaksanaan Resolusi 2014,” kata jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki- Moon, Martin Nesirky dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis. – Reuters Berita Harian Online | Bumi Yaman kembali bermandi darah:

'via Blog this'

No comments: