Pages

Monday, October 17, 2011

Tentera NTC undur ekoran serangan balas penyokong Gaddafi

myMetro | Tentera NTC undur ekoran serangan balas penyokong Gaddafi: "SIRTE: Penyokong Muammar Gaddafi semalam melancarkan serangan balas besar-besaran di bandar Sirte, memaksa tentera rejim baru berundur.

Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berundur kira-kira dua klilometer ke ibu pejabat polis di bandar Meditteranean itu, selepas diserang dengan roket dan bom.


Penyokong Gaddafi melancarkan serangan balas itu pada lewat petang selepas diserang pada pagi dan tengah hari.

Tentera NTC yang terkejut dengan serangan balas itu, berundur dari kedudukan mereka di dua kawasan, Dollar dan Number 2, ke kawasan yang mereka kuasai sejak Jumaat lalu.


“Pejuang Gaddafi kini tertumpu di kawasan kecil tetapi kami tidak boleh memasukinya serentak. Kami perlukan pelan untuk menumpaskan mereka,” kata pemerintah briged Misrata, Omran Allahoyb. - AFP"

'via Blog this'

No comments: