Pages

Sunday, September 18, 2011

Belanda larang wanita pakai purdah dan burka

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda kelmarin berkata pihaknya akan melarang pemakaian purdah dan burka oleh wanita Islam kerana ia melanggar cara hidup dan budaya negara itu.

Mereka yang melanggar larangan itu boleh disaman sehingga 380 Euro ($650).Perdana Menteri, Encik Mark Rutte, turut mengumumkan undang-undang lebih ketat bagi golongan pendatang dan pemohon suaka. 


Pada masa depan, golongan itu perlu menunjukkan mereka mempunyai pendapatan tetap dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, sebelum layak mendapatkan kerakyatan Belanda.Pendirian kerajaan Belanda yang bersikap terbuka terhadap kehadiran golongan pendatang berubah sepanjang sedekad lalu


.Ini mencerminkan keprihatinan rakyat setempat berkaitan kewujudan ramai pendatang Islam.'Kerajaan percaya pemakaian sesuatu yang menutup seluruh atau hampir seluruh muka, secara dasar, tidak selari dengan kehidupan masyarakat umum, di mana setiap orang dikenal pasti melalui wajah mereka.'


Pakaian yang menutup wajah menghalang perkara ini dan melanggar prinsip kesamaan di antara lelaki dengan wanita,' kata kerajaan dalam kenyataannya kelmarin.Langkah baru itu turut mencerminkan pengaruh ahli politik, Encik Geert Wilders, yang pertama kali mengusulkan larangan itu pada 2005. Parti Kebebasan pimpinannya yang mengetengahkan pendirian anti-Islam dan antipendatang, 


kini adalah parti ketiga terbesar di Parlimen.Encik Wilders membuat perjanjian dengan kerajaan pakatan minoriti untuk memberi sokongan di Parlimen, tetapi dengan syarat kerajaan melaksanakan undang-undang lebih tegas ke atas penduduk Islam dan pendatang dari bukan negara Barat.Menurut kerajaan, tindakannya menghalang pemakaian purdah dan burka bukan satu tindakan yang menyekat kebebasan beragama. 




Meskipun ia dianggap demikian, kerajaan melihatnya sebagai 'perlu dan wajar demi melindungi cara dan gaya hidup di Belanda'.Usul itu akan dibentangkan dulu di Majlis Negara, Mahkamah Pentadbiran dan kemudian ke Parlimen. Tiada tempoh yang diberikan bagi menguatkuasakan undang-undang baru itu.Sebelum ini, Perancis dan Belgium melarang pemakaian purdah dan burka. -- Bloomberg, Reuters.

No comments: