Pages

Sunday, July 10, 2011

Syarikat PM Itali diarah bayar RM2.3 bilion



Silvio Berlusconi


MILAN - Sebuah mahkamah rayuan di sini semalam mengarahkan syarikat Fininvest milik Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, membayar 560 juta euro (RM2.3 bilion) kepada kumpulan media yang menjadi saingannya, Compagnie Industriali Riunite (CIR) dalam satu kes rasuah.

Pada Oktober 2009, Mahkamah Sivil Milan memutuskan CIR berhak mendapat pampasan sebanyak 750 juta euro (RM3.20 bilion) daripada Fininvest berhubung kawalan ke atas syarikat penerbitan terkemuka Mondadori pada tahun 1990.

Hakim ketika itu menyatakan Berlusconi turut terlibat memberi rasuah kepada seorang hakim yang membantu syarikatnya itu mengambil alih Mondadori.

Bayaran itu diarah mahkamah dibayar dengan serta-merta. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

No comments: