Pages

Monday, June 27, 2011

2 wanita ditahan buat maksiat dalam hotel

MAKKAH: Pasukan keselamatan Haia (polis antimaksiat) Makkah memberkas seorang pemuda dan dua wanita yang terbabit dalam aktiviti seks haram di sebuah hotel di daerah Zahir, semalam.

Sumber berkata, dua pemuda tempatan didapati berada dalam bilik bersama dua wanita yang mereka temui di luar.


Katanya, kedua-dua wanita terbabit secara diam-diam memasuki dua bilik berbeza menggunakan kunci milik pemuda berkenaan.

Perbuatan maksiat itu dikesan hasil pemantauan kamera litar tertutup yang ada di hotel berkenaan.


“Seorang daripada wanita itu adalah warga tempatan, manakala seorang lagi berasal dari Indonesia,” katanya.


Sejurus kemudian, kata sumber itu, dua pemuda terbabit memasuki bilik masing-masing.

Melihat kejadian itu, penyambut tetamu segera menghubungi Haia untuk memaklumkan apa yang disaksikannya.

Kata sumber berkenaan, anggota Haia menunggu beberapa ketika di kawasan lobi hotel sehinggalah pemuda terbabit keluar.

“Selepas diperiksa, mereka menemui bukti berlaku aktiviti seksual dalam bilik berkenaan,” katanya.


Bagaimanapun, seorang daripada pemuda terbabit sempat melarikan diri sebaik saja menyedari ada anggota Haia menunggu di lobi hotel.


Menurut sumber itu, pihak berkuasa mengarahkan kedua-dua wanita terbabit segera keluar dari bilik.


“Anggota Haia kemudian menghubungi ibu bapa wanita terbabit,” katanya.


Kes itu kini diserahkan kepada polis Makkah untuk tindakan lanjut. - AN

myMetro | 2 wanita ditahan buat maksiat dalam hotel

No comments: