Pages

Saturday, May 14, 2011

Tiga penunjuk perasaan di Yaman terbunuh


SANAA 14 Mei - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila pasukan tentera elit Yemen, Pengawal Keselamatan Republikan melepaskan tembakan ke arah tunjuk perasaan yang diadakan menentang rejim Presiden Ali Abdullah Saleh di selatan bandar Taez, kata saksi, semalam.

Katanya, pasukan tentera elit itu melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan apabila mereka ditembak semasa berlindung di dalam sebuah bangunan selepas bertembung dengan kumpulan penunjuk perasaan sebelum itu.
"Seorang pegawai dan empat askar turut cedera apabila penunjuk perasaan bertindak melontar batu dan objek lain ke arah pasukan tentera yang terkepung," katanya.
Beribu-ribu penunjuk perasaan Yemen mula berhimpun bandar ini sebelum solat Jumaat untuk menuntut pengunduran rejim.
Saleh, bagaimanapun mengerahkan kereta berperisai dan beratus-ratus askar di jalan-jalan raya di ibu negara bagi menangani protes itu. - AFP, utusan

No comments: